Listen to K.O.I - Niskala Suaka by Achoi

K.O.I - Niskala Suaka

Achoi

R&B/Soul

10,349 Shazams

Lyrics

Kera di hutan rimba disusukan Cucu di teratak kebulur kelaparan Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia Putih merah sifat niskala suaka Masa ruang waktu tempat mana dia berlaku Putih sama biru merah pekat dah membeku Tarik warna kuning ikat tengkuk tali anjing Kucing lawan kucing hanya mahu satu loceng Warna ungu, putih halus, jalan salah yang terlanjur Kena ingat susun atur bawa dalam susur galur Mana dia anak bawah yang menyanjung tunduk muka Kini apa yang ada hanya tubuh ditimbus tanah Waktu muda mendabik dada Meninggi bahu melanggar semua di depan mata Kejar kuasa sampai sanggup menunggu tahun Kejar nama sampai sanggupnya anak dihukum Tempatnya ditukar di ingat seketika Untuk bawa anak anak buah makan besar Al maklumlah arwah baik orangnya Suka tolong sama kita untuk tangkap ikan besar Kera di hutan rimba disusukan Cucu di teratak kebulur kelaparan Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia Putih merah sifat niskala suaka Mula dari Alif sampai Ya ku kebal Sentiasa positif, kitab aku tebal Tiga puluh khatam, tanya pada khadam Memangku pendendam cuma suka diam Amokku di pendam kalau tak ku tendang Mereka main tikam, depan dan belakang Setinggi mana pun, memang tiada ampun Walaupun serumpun, masih pilih daun Ey, meneraju ke alam baru Terus humble la kalau nak maju Jangan mendongak buat tak malu Terasa hebat bertindak melulu Bila menangis mencari bahu Update media nobody bantu Dikecam beramai terus membisu Zaman dia lain, generasi kita berbeza Kau masih berlampin, minum susu tin sambil baring, oh selesa Serumpun bak serai, sesusun bak sirih Macam ombak di pantai bersama pasir berkasih Kera di hutan rimba disusukan Cucu di teratak kebulur kelaparan Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia Putih merah sifat niskala suaka Kera di hutan rimba disusukan Cucu di teratak kebulur kelaparan Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia Putih merah sifat niskala suaka
Writer(s): Zai Hamzah Lyrics powered by www.musixmatch.com
instagramSharePathic_arrow_out