Top Songs By Kmy Kmo
Credits
PERFORMING ARTISTS
Kmy Kmo
Vocals
Luca Sickta
Performer
COMPOSITION & LYRICS
Kmy Kmo
Songwriter
Luca Sickta
Arranger
PRODUCTION & ENGINEERING
Luca Sickta
Producer
Lyrics
Waktu ini, waktu itu
Waktu ini, waktu itu
Waktu ini, waktu itu
Waktu ini, waktu itu
Dunia yang fantasi (ey) tak kekal di paksi (ey)
Nafsu-nafsu diri disaksikan Yang Maha Saksi (wey)
Tiada lagi sangsi bagi putaran transaksi
Yang mati merayu hidup bernafas ulangi durasi
Waktu hidup balik betul yang mana terbalik (woh)
Mungkin satu saat persaat baru mahu dikecoh
Dunia makin diheboh ikut fasa berlabuh
Mungkin hari ini bernafas tidak janji esok (woh)
Waktu dah sempurna biar kekalkan jadi baik
Biar bekalan mulia jadi bekal nanti waktu naik (ah)
Bentengnya tak susah yang penting hanya harus ubah
Arah hala tuju diri mahu jadi bagus atau jatuh punah (woh)
Mengelamun jangan lama cuba elak yang lama, yang sama
Hidup siapa tak nak kekal lama?
Yang segelintir takut dijualnya nyawa
Dah bertahun arah sama berkurung landasan igauan yang lama
Berlenong-lenong kepalanya bila waktu makin suntuk baru nak menggila
Waktu-waktu yang selerak kususunnya dalam robok
Waktu tekanan penghuni memberontak pecah tembok
Waktu lurus jadi bengkok, waktu urusan yang elok
Waktu itu pasti jadi waktu yang paling dikekok
Waktu ini, waktu itu (waktu ini, waktu itu)
Waktu ini, waktu itu (waktu ini, waktu itu)
Waktu ini, waktu itu (waktu ini, waktu itu)
Waktu ini (waktu ini), waktu itu (waktu itu)
Lorong yang dipintas berlumba lambat atau pantas
Atau masih lagi sesat leka hanya satu saat
Saat-saat yang terakhir, perjalanan atas takdir
Setiap hari akan hadir, makin lama makin hampir
Belum masa lagi waktu bersedia untuk usia
Hubungan dari jasad dengan nyawa dari dunia
Jadi kurang berpura-berpura, lantas mengangkat dagu
Angkat selepas lemas candu
Balik ulang semula waktu
Waktu ni, waktu tu, waktu bila mahu sedarlah
Nak kunjung bila hujung hari tak tersedarnya
Bermula di sini dan waktu tamat kat situ la ya
Jangan tersekat sombong diri tak maju la ya
Waktu ni, waktu tu, waktu bila mahu sedarlah
Nak kunjung bila hujung hari tak tersedarnya
Bermula di sini dan waktu tamat kat situ la ya
Jangan tersekat sombong diri tak maju la ya
Waktu-waktu yang selerak kususunnya dalam robok
Waktu tekanan penghuni memberontak pecah tembok
Waktu lurus jadi bengkok, waktu urusan yang elok
Waktu itu pasti jadi waktu yang paling dikekok
Waktu ini, waktu itu
Waktu ini, waktu itu (waktu ini, waktu itu)
Waktu ini, waktu itu (waktu ini, waktu itu)
Waktu ini (waktu ini), waktu itu (waktu itu)
Writer(s): Kmy Kmo, Luca Sickta
Lyrics powered by www.musixmatch.com